Thursday, 10 January 2013

Pak Jabit Oh Pak Jabit

Salam Kengkawan... Ari ni aku nak membebel tentang binatang peliharaan. Mesti korang ada pets kan? Agak-agak korang la senang tak nak menjaga  pets ni ?atau dalam bahasa kita la binatang peliharaan? Urmm..bagi aku la first time nak jaga dia susah jugak la, sebab tak pernah bela apa-apa binatang peliharan pun. Aku nak uruskan kerja-kerja rumah pun liat apatah nak jaga binatang peliharaan ni. Apa taknya kalau ada binatang peliharaan ni kita kena pastikan setiap hari  bekas makanan dia terisi dan bekas dia dibersihkan supaya tidak berbau dengan najis dia. Pastu pulak kena sabar dan tahan menghidu najisnya...eyyuuuuuu !! ~~~poyo la pulak..huhu..~~~ Tapi bila difikirkan balik best jugak ada pets ni.hehehe.Aku sibuk membebel ni sebab aku pun ada bela pets jugak..hahaha. seronok tau !! Aku punya  pets nama dia Pak Jabit (arnab)..comey tak nama tu??nama tu special dari someone!! heheh.. maybe dia minat sangat dengan Pak Jabit dalam citer Hantu kak Limah kot.. 

Hari pertama aku jaga dia memang huru hara.. ahahahah. Masa aku nak pergi kerja, aku alihkan la sangkar dia letak kat belakang umah. Bagi dia makan cukup-cukup dan bersihkan dia punya tempat tinggal tu. Aku pun dah pastikan pintu sangkar dia tu kunci. Dengan girang hatinya aku pergi kerja.. wink wink wink !! korang nak tau apa dah jadi bila aku balik kerja..???

Aku bukak je pintu belakang umah, alamak terkejutnya aku bila tengok dia takde dalam sangkar.. ayoooookkk !!! mati la aku.. (dalam aty isau takut dibaham biawak..tapi ada ke biawak kat sini) Aku tengok pintu sangkarnya terbuka..~~pandai pulak dia buka sendiri..bijak macam aku..hahahah ~~ bijak la sangat !!!~~ aku intai-intai ,rupa-rupanya dia kat luar pagar belakang umah sedang menikmati ulam-ulaman (rumput-rumput belakang umah) hahha hampesss punya pak jabit.. aku pun apa lagi terpaksa la ambik dia dan keluar melalui pintu depan umah sebab pintu pagar belakang dah tak ley pakai. Penat aku berlari-lari mengelilingi umah-umah kat situ.. apa taknya umah tereskan..(ee.. pak jabit ni kan saje nak suh aku exercise. ).. Bila dia nampak aku nak kejar dia, dia apa lagi bertambah takut la tengok aku sehingga terjun ke dalam longkang .. kesian dia, abes kotor bulunya yang putih tu.. :p pastu aku terpaksa mandikan dia sebab dah comot..

 

   
Pak Jabit dah besih dah!!coz tadi dah mandi cantik tak bulu kita... sekarang kita tengah rehat-rehat.. penat tau kena kejar tadi..hihi


                                        **********************************************

Disini ada sediakan beberapa tips yang saya gunakan untuk memerlihara arnab. Ok, Dari mana patut saya mula ya? Ok, arnab nih dia ada macam-macam jenis. Nak tahu jenis-jenis dia, kamu boleh lihat di sini…
Antara beberapa perkara yang perlu kamu tahu untuk memerlihara arnab adalah;

Makanan

Jika kita lihat dipasaraya, makanan arnab yang biasanya ada dijual adalah PELLET. Saya biasa panggil benda nih, dedak arnab. Pellet nih rupa dia panjang-panjang. seperti gambar dibawah.
Pellet a.k.a dedak arnab Pellet ( dedak arnab)  

Selain itu ada juga makanan arnab lain, seperti rumput HAY dan beberapa jenis rumput lain yang dikatakan sangat bagus untuk diet arnab. Tapi untuk arnab yang saya bela, saya tak pernah beri rumput camtu pun Sebab kat bandar susah sikit kot nak dapatkan .. ~~pandai2 je kan.hehe.~~Jadi untuk menstabilkan diet si arnab, saya telah memberinya makan kubis or lobak je.. :p


Selain tu, daun kangkung, dan daun ulam raja juga menjadi makanan sampingan untuk arnab.Tapi harap daun kangkung tu jangan bagi terlalu kerap la sebab ia boleh menyebabkan arnab sakit perut dan cirit birit. 
  
********jika memberi arnab makan sayur atau daun-daun, JANGAN diberi pada waktu pagi. Kerana ia boleh menyebabkan arnab kamu mengalami sakit perut juga. (tapi saya bagi juga sebab makanan dia dah abezs..xsempat nak beli) huhuh..
   
Air yang bersih juga perlu disediakan untuk arnab. Pastikan bekas untuk meletakkan air minum arnab sentiasa dalam keadaan bersih untuk mengelakkan arnab terkena jangkitan penyakit. 

*yang paling penting, jangan sesekali biarkan bekas minuman bercampur dengan makanannya. Kalau ada makanannya dalam bekas air, sila tukar air tersebut cepat2 ye.nanti arnab sakit susah pulak....

Tempat tinggal (home sweet home)
Boleh memilih je sama ada mahu memerlihara arnab didalam sangkar, atau buatkan sebuah reban untuk arnab kamu. Jika kamu bercadang untuk memerliharanya sekadar untuk suka-suka (bukan untuk ternakan), kamu bolehlah membelanya didalam sangkar. Alah~ sangkar yang lebih kurang macam sangkar kucing tuh…


Kesihatan

Elakkan arnab kamu dari kesejukan. Pastikan kamu tidak memandikan arnab kamu kerana arnab tidak tahan dengan sejuk. Effect; kaki arnab akan jadi kaku. 
Pastikan reban atau sangkar arnab kamu sentiasa bersih. Buang atau basuh bekas tahi setiap hari  untuk mengelakkan arnab kamu diganggu hama, agas-agas, atau semut.



Comel tak? Pak Jabit kita !!( rabbit ). huhu~










*******







Pak Jabit sedang "beronok-ronok" sebab dapat keluar dari sangkarnya... gini lah gayanya bila dapat keluar..semua benda dia nak cuba..sume benda dia nak gigit.hehehe.. telatahnya memang menghiburkan


Ok lah, rasanya itu saja tips-tips yang saya terfikir buat masa ini. Jika korang nak kongsi kan tip2 pun boleh.. sharing is caring kan..hehehe

ok… Terima kasih....********************

No comments:

Post a Comment