Wednesday, 14 November 2012

Bersabarlah Duhai sahabat....


  sebentar tadi aku  mendapat khabar bahawa ayah kawan lamaku meninggal dunia. Sungguh pilu hatiku mendengarnya.Meskipun aku tidak dapat menziarahinya,di sebabkan jarak yang memisahkan aku hanya mampu mendoakan semoga ayahnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Aku tahu bukan senang untuk menghadapi dugaan seperti itu namun apa lah daya kita sebagai seorang hamba yang lemah lagi kerdil. Sesungguhnya ajal maut itu di tangan Tuhan. Kita yang hidup sentiasa memperingati mati kerana mati itu suatu kepastian.

***************

Sedihkan andaikata kita kehilangan insan teristimewa seperti ayah dan bonda kita. Kekecewaan tu memang tak dapat di gambar. walau bagaimanapun Aku bersyukur kerana masih dikurniakan seorang ayah dan ibu meskipun bukan disisi disaat ini. Rinduku pada ayah dan ibu memang tiada tandingannya. Kerana mereka aku berada di dunia ini..~~Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati dan melindungi ibu dah ayahku~~

Aku berharap kawanku tabah menghadapi dugaan ini. Kerana aku tahu dia seorang yang tabah dan  kuat. Yang pergi biarkan pergi..kita yang hidup teruskan perjuangan.

Begitulah putaran hidup~~kita asal daripada tanah kembali jua kepada tanah~~

~~AL-FATIHAH~~

No comments:

Post a Comment