Friday, 16 November 2012

Omakkk kauuu, aku Terlambat lagi!!!

Assalamua'laikum....

Ohhhh! Tidakkkkkkk!!!.adoyaii terlambat lagi..urmmm ni gara-gara susah nak tidur la malam tadi. Pukul 4.00pagi baru terlelap. Lepas tu pulak masa bangun subuh sambung tidur balik, ni la padahnya.. keenakkan tidur lepas subuh sampaikan tak sedar dah pukul 9.00pagi. Apa lagi aku gunalah kuasa kuda yang ada la.heheheh.. Dalam fikiran aku masa tu memang fikir kena "tiyau" sama bos la.. Siap mandi aku hentam je la yang mane tercapai dek akal.hehehe kira boleh la, janji nampak comel kihkihkih..(wah perah santan pulak minah nih. ^_^.)

Gaya aku hari yang indah di pagi Jumaat simple je ~~~skirt labuh polkadot , blouse n cardigan~~ hehehe ok la tuh kan...

**********

Sampai tempat kerja bos dah terpacak menunggu aku..hehehe 
aku dengan muka tak bersalah buat der je la.Nasib baik bos tak cakap apa-apa kalau tak, tak tau la apa nak jadi hari ni. (Kalau kena marah muncung tu boleh diikat tau.. :P )

Ok lah tu je la kisah aku bangun lambat..kekeke.. so, kepada korang semua kalau jam dah berdentum2 bunyinya bagai nak pecah rumah, bangun la cepat-cepat.Kan tak pasal-pasal terlajak pulak macam aku..hahahah. 
Tapi kepada yang bercuti tu, urm manfaat la cuti dengan sebaiknya.. Yang pasti tidur tu bangun lambat pun takpe.cuti la katakan..(hehe Baik punya nasihat) 

Oppss!! sebelum terlupa, Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah..
Harap tak terlewat lagi untuk ucap  yer..!! :-) 

P/s : harap aku Tak terlewat bangun lagi... 

Thank For Reading!!!!

Wednesday, 14 November 2012

Bersabarlah Duhai sahabat....


  sebentar tadi aku  mendapat khabar bahawa ayah kawan lamaku meninggal dunia. Sungguh pilu hatiku mendengarnya.Meskipun aku tidak dapat menziarahinya,di sebabkan jarak yang memisahkan aku hanya mampu mendoakan semoga ayahnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Aku tahu bukan senang untuk menghadapi dugaan seperti itu namun apa lah daya kita sebagai seorang hamba yang lemah lagi kerdil. Sesungguhnya ajal maut itu di tangan Tuhan. Kita yang hidup sentiasa memperingati mati kerana mati itu suatu kepastian.

***************

Sedihkan andaikata kita kehilangan insan teristimewa seperti ayah dan bonda kita. Kekecewaan tu memang tak dapat di gambar. walau bagaimanapun Aku bersyukur kerana masih dikurniakan seorang ayah dan ibu meskipun bukan disisi disaat ini. Rinduku pada ayah dan ibu memang tiada tandingannya. Kerana mereka aku berada di dunia ini..~~Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati dan melindungi ibu dah ayahku~~

Aku berharap kawanku tabah menghadapi dugaan ini. Kerana aku tahu dia seorang yang tabah dan  kuat. Yang pergi biarkan pergi..kita yang hidup teruskan perjuangan.

Begitulah putaran hidup~~kita asal daripada tanah kembali jua kepada tanah~~

~~AL-FATIHAH~~

Pertama Kali


 Assalamua'laikum....

 Hai! hai!.Nama saya Ayyu Rania.Chewwaah!! nama kalah artis u ollzz..Mak Jemah pun kalah dengan dengan saya..(hahah kalah ker???perasaan je lebih minah ni :p).gurau2 je la ..nama ayyu jerr!! saje nak bagi korang kutuk aku.hahaha ~~..Urmm hari ni merupakan hari pertama aku menulis dan mencipta blog ni..Sesuai la tuh dengan tajuk di atas..haha kelazzzz gitu hah! Aku sebenarnya tak berapa mahir sangat benda ni... Tapi aku cuba jugak la.Kalau tak cuba tak tau kan.hehehe.

 Aku ni suka menulis dan berangan..so, aku cipta la benda ni untuk aku jadi tempat luahan atau cerita-cerita hidup aku. Saje je untuk hilangkan bosan. sebab aku ni suka online~~suka ker?? asyik perasan je minah ni,,,~~dah jadi hobby kan perasan ni..hihihi terima je la seadanya :).

Oleh kerana hari ini merupakan hari pertama aku menulis blog ni, aku takde idea sangat nak la ceritakan sebab kerja aku berlambak lagi tak siap. So, aku blaa dulu la. Next time, kita jumpa lagi..

Ok.. Bye ^_^